BERDEPAN dengan pelbagai ragam pelanggan adalah perkara biasa bagi mereka yang berkecimpung dalam dunia perniagaan.
Namun sebagai manusia biasa, seseorang memang tidak dapat mengelak daripada perasaan kecewa dan marah apabila berdepan pelanggan toksik.
Seperti peniaga makanan ini, dia hilang sabar dengan mulut celupar salah seorang pelanggan yang menganggap cottage pie mini jualannya mahal.





