BAGI seorang wanita, proses membuang solekan muka boleh memakan masa dan ada kalanya agak rumit terutamanya apabila perlu bersiap untuk menunaikan solat.
Namun bagi mereka yang tidak memahami, rutin tersebut sering kali mengundang perselisihan faham, lebih-lebih lagi dalam persekitaran tempat kerja.
Tuduhan ‘curi tulang’ atau ‘mengular’ antara isu yang kerap dibangkitkan oleh segelintir majikan yang kurang cakna dengan keperluan pekerja wanita.
Segelintir majikan kurang cakna soal masa dan kesukaran dihadapi wanita ketika mahu menunaikan solat. -Gambar hiasan AI
Situasi itu dikongsikan seorang wanita di platform Threads yang acap kali dilabel suka ‘mengular’ oleh majikannya dek terlampau lama mengambil masa untuk menunaikan solat.
“Secara jujurnya, masalah sangat ke kalau perempuan pergi solat setengah jam dalam waktu kerja? Terus dituduh kita mengular. Padahal banyak benda perempuan kena buat sebelum solat.
“Nak cuci solekan, bersihkan diri, buka dan sarung tudung balik, kemudian nak kena bersolek semula. Sebagai majikan, sepatutnya rasa bangga ada staf yang nak solat.
- Seorang wanita meluahkan rasa kesal apabila dilabel mengular oleh majikannya kerana mengambil masa lama untuk menunaikan solat.
- Menurutnya, wanita memerlukan masa tambahan untuk membersihkan solekan, menanggalkan tudung, membersihkan diri dan mengambil wuduk sebelum menunaikan solat.
- Dia berpendapat majikan sepatutnya memahami keperluan staf wanita serta menghargai pekerja yang menjaga kewajipan solat.
- Perkongsian itu dibuat menerusi laman Threads dan mendapat perhatian warganet yang turut berkongsi pengalaman berdepan situasi sama.
Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh
“Kau perempuan, kau pun patut tahu benda asas ni. Ini tidak, kau sendiri pun tak solat, sebab tu boleh cakap orang ‘mengular’,” kongsinya di laman Threads.
Perkongsian itu menarik perhatian ramai apabila ruangan komen dibanjiri pandangan serta luahan warga maya yang pernah berdepan situasi serupa.
ARTIKEL BERKAITAN: Banyak ‘mengular’, lepak waktu kerja… Ada juga tipu ‘claim’! Ustaz ajar cara ‘cuci’ duit gaji supaya berkat
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita bengang adik lelaki ada ijazah malas kerja, duduk ‘berkepit’ bawah ketiak mak walau usia hampir 30 tahun!
“Saya ambil masa 10 minit solat Maghrib, kemudian bos marah, Aku ni perempuan, kena buka tudung kemudian periksa keputihan dan bersihkan. Lepas tu baru boleh ambil wuduk…semua tu ambil masa.
“Pernah juga dapat bos macam ni, bab solat berkira tapi kalau staf keluar merokok entah ke berapa kali tak kisah pula.
“Saya tak pakai make up, selempang shawl asal boleh sebab nak cepat pun ambil masa 30 minit. Ia termasuk urusan di tandas. Solat pun tak boleh laju-laju,” demikian antara reaksi netizen.





