FASA percintaan sering kali disulami dengan aktiviti keluar bersama atau dating, sama ada sekadar menonton wayang, menikmati makan malam, mahupun sekadar meluangkan masa berdua.
Namun di sebalik suasana santai itu, soal perbelanjaan kadangkala dipandang remeh, walhal cara pasangan mengendalikan wang ketika keluar bersama sebenarnya mencerminkan tahap tanggungjawab serta nilai tolak ansur dalam sesebuah hubungan.
Di Threads, seorang wanita yang dipercayai bekerja sebagai staf di sebuah pawagam berkongsi satu situasi yang membuka mata ramai mengenai perkara tersebut.

Fasa percintaan sering kali disulami dengan aktiviti keluar bersama atau ‘dating’. -Gambar hiasan AI



