KEGAGALAN salah seorang murid Tahun Satu hadir ke sekolah untuk tempoh agak lama membuatkan guru kelasnya berasa bimbang dengan keadaan kanak-kanak tersebut.
Pelbagai andaian dilakukan mengenai punca muridnya itu tidak hadir termasuk dia diabaikan bapanya atau kanak-kanak itu sendiri enggan ke sekolah.
Lebih-lebih lagi selepas ibu kanak-kanak perempuan berkenaan meninggal dunia pada Ogos tahun lalu yang mungkin meninggalkan kesan emosi mendalam kepadanya.

Faktor kesihatan menjadi antara sebab ibu bapa tidak berkeupayaan menghantar anak ke sekolah. -Gambar hiasan AI





