KENAKALAN dalam kalangan kanak-kanak mungkin dianggap perkara biasa, namun ia boleh menjadi serius apabila melibatkan perbuatan yang memudaratkan atau menjejaskan keselamatan individu lain.
Apa lebih membimbangkan adalah apabila tindakan tersebut dipercayai dilakukan secara sengaja, sebagaimana kisah yang dikongsikan oleh seorang wanita ini di Threads.
Menerusi perkongsiannya, wanita tersebut menceritakan satu kejadian yang berlaku di sekolah anaknya sehingga menimbulkan kekecohan dalam kalangan ibu bapa dan guru.

Bergurau bersama rakan-rakan sememangnya normal namun setiap gurauan tetap mempunyai batas. -Gambar hiasan AI





