SEORANG guru sekolah rendah meraih perhatian ramai selepas dia membuat teguran terbuka kepada ibu bapa menerusi aplikasi Thread.
Dalam hantaran itu, dia meminta ibu bapa agar mempersiapkan anak-anak dengan kemahiran asas agar tidak menyusahkan guru ketika berada di sekolah.
“Kalau tak pernah hantar anak ke sekolah, tolonglah ajar anak kat rumah cara untuk tutup dan buka bekal makanan serta cara basuh berak dan kencing.

Anak-anak perlu diajar kemahiran asas sebelum mereka melangkah ke alam persekolahan. -Gambar hiasan





