PERUBAHAN tingkah laku seorang suami pastinya mengundang keresahan di jiwa isteri, terutama apabila ia mula menyentuh aspek hubungan intim yang menjadi tiang kemesraan dalam rumah tangga.
Menurut seorang wanita, hidupnya kini suram apabila suaminya seolah-olah tiada nafsu setiap kali diajak untuk bersama.
Lebih menyedihkan, wanita ini menganggap situasi dingin yang melanda bilik tidur mereka sekarang sebagai satu bentuk kifarah atas kesilapan masa lalu mereka yang pernah terlanjur sebelum sah mendirikan rumah tangga.

Suami isteri perlu saling toleransi agar rumah tangga sentiasa bahagia. -Gambar hiasan AI





