PERASAAN kecil hati dan tersisih apabila melihat layanan berat sebelah ibu bapa terhadap adik-beradik lain sememangnya menjadi ‘duri dalam daging’ yang sukar untuk dielakkan.
Meskipun ramai yang memilih untuk memendam rasa demi menjaga keharmonian keluarga, namun hakikatnya impak emosi akibat terlalu lama dipinggirkan sukar sekali untuk disembunyikan.
Realiti pahit itulah yang terpaksa dilalui seorang wanita apabila dia mengakui berasa sangat sedih apabila ibunya didakwa lebih kerap mengunjungi rumah si kakak, walaupun mereka dua beradik tinggal berdekatan.

Layanan pilih kasih oleh ibu bapa boleh membuatkan anak makan hati. -Gambar hiasan AI



