SETIAP ibu bapa mempunyai cara tersendiri dalam mendidik anak, termasuk menegur dan menghukum apabila si kecil melakukan kesilapan.
Namun dalam usaha membentuk disiplin, tindakan berlebihan sesetengah orang tua boleh meninggalkan kesan mendalam terhadap emosi anak, malah menjadi kenangan pahit yang sukar dilupakan meskipun bertahun-tahun telah berlalu.
Bagi seorang individu ini, pengalaman pertama kali dipukul oleh bapa ketika berusia tujuh tahun masih segar dan berbekas dalam ingatannya sehingga ke hari ini.






