STIGMA masyarakat terhadap golongan bermotosikal sering kali dipandang negatif, malah label ‘mat rempit’ seolah-olah sudah sebati meskipun tanpa usul periksa.
Namun, sedarkah kita bahawa kata-kata cacian yang dilemparkan tanpa fakta boleh mengguris hati mangsa yang sedang menanggung derita?
Itulah perkongsian sayu sukarelawan orang kelainan upaya (OKU) yang menceritakan semula detik pertemuan dengan seorang pemuda yang terlibat dalam kemalangan ngeri.
Menurut sukarelawan itu, seorang warga emas yang berada di lokasi kejadian bertindak menegur mangsa dengan nada menghina selepas melihat kecederaan teruk pada bahagian muka pemuda tersebut.

Bukan semua golongan bermotosikal adalah mat rempit. -Gambar hiasan AI
“Dia tanya kenapa, pemuda tu jawab kemalangan. Terus pakcik tu kata… merempit la tu. Budak-budak sekarang apa nak jadi? Menyusahkan mak ayah je.





