ADAB dalam berniaga sering dianggap sebagai antara faktor utama yang bukan sahaja ‘menarik’ rezeki tetapi faktor kembali mendapat kepercayaan terhadap produk atau perkhidmatan.
Namun tidak semua peniaga terutamanya dalam sektor perkhidmatan mampu mempamerkan adab yang cantik apabila berdepan pelanggan seperti mana dilalui wanita ini.
Dia mendakwa menerima layanan kasar daripada seorang peniaga ketika membeli ayam gunting di sebuah gerai.






