SEORANG wanita mengundang perdebatan ramai apabila dia meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap golongan pempengaruh yang menurutnya lebih bernasib baik.
Dalam hantaran di Thread, wanita itu mempersoalkan bayaran tinggi diterima oleh kebanyakan pempengaruh yang dianggap tidak adil berbanding profesion lain.
“Saya rasa tak adil bagaimana sesetengah influencer mendapat bayaran lebih tinggi berbanding orang yang bekerja keras seperti jururawat atau pekerja kilang.

Pempengaruh biasanya dibayar untuk menghasilkan video promosi sesebuah produk atau perniagaan. -Gambar hiasan AI





