BERUMAH tangga bukan sekadar soal mencari pasangan hidup, sebaliknya menuntut kesediaan memikul tanggungjawab dan kebolehan mengurus kehidupan sendiri.
Perkara itu turut menjadi perhatian seorang gadis yang meluahkan rasa kurang senang apabila abangnya, yang bakal mencecah usia 30 tahun sering disuruh berkahwin.
Bagi gadis berkenaan, ada banyak perkara asas dalam kehidupan sebagai seorang lelaki yang perlu diperbaiki oleh abangnya terlebih dahulu sebelum memikirkan soal alam rumah tangga.

Suami isteri perlu saling bekerjasama demi keharmonian rumah tangga. -Gambar hiasan AI





