SEORANG wanita meluahkan rasa kecewa selepas disingkirkan daripada grup WhatsApp keluarga mentuanya susulan tegurannya terhadap suami.
Menurut wanita itu, dia jarang menyertai perbualan dalam grup WhatsApp berkenaan, namun kali ini tertarik untuk meninggalkan komen selepas kakak iparnya berkongsi satu video.
Dalam video tersebut, suaminya kelihatan sedang mengagihkan duit raya kepada anak-anak saudara dengan penuh kegembiraan.

Suami isteri perlu berbincang bagi mengelak masalah terus berlarutan. -Gambar hiasan AI





