ISU membabitkan sebahagian warga asing etnik Rohingya yang didakwa sering menimbulkan masalah semakin mendapat perhatian masyarakat.
Walaupun bukan semua, namun segelintir individu dalam komuniti tersebut dikatakan sering berkelakuan biadab, melanggar peraturan serta mengganggu ketenteraman awam, sehingga menimbulkan kemarahan dalam kalangan penduduk tempatan.
Terbaharu, seorang pengguna Facebook, Fatimah Hassan pada Rabu tampil meluahkan rasa tidak puas hati terhadap seorang lelaki etnik Rohingya yang tinggal di Pengkalan Pandan dekat Kemaman, Terengganu yang didakwa sering kali menimbulkan masalah.





