PENDUDUK terkejut selepas menjumpai sebuah kereta yang kemik bersama seekor kucing terbaring di atas lantai dengan kesan luka di kawasan perumahan.
Menerusi satu hantaran di Twitter (X) @fourmeows1 pada Rabu, tiada individu yang membantu dan merawat kucing tersebut.
“Kucing terbiar jatuh dari tingkat tinggi tapi tiada siapa pun nak bantu bawa ke klinik. Saya pula tiada di situ. Moga ALLAH tarik nyawa awak cepat-cepat tanpa rasa kesakitan,” tulisnya.






