KETERUJAAN seorang lelaki mengundang beberapa kenalan rapat ke majlis rumah terbukanya bertukar hampa apabila mereka semua tidak muncul walaupun sudah berjanji akan datang.
Salah seorang tetamu yang menjadi saksi kepada kejadian itu mendakwa tuan rumah sudah membuat persiapan rapi termasuk menyediakan tiga jenis hidangan dengan menjangkakan kehadiran enam hingga tujuh tetamu.
Katanya, dia yang datang sekitar pukul 8 malam terkejut melihat makanan yang terhidang belum disentuh dan dia adalah tetamu pertama hadir ke acara tersebut.






