NILAI persahabatan boleh terlerai mudah apabila tiada rasa saling membantu tatkala rakan sendiri berada dalam kesempitan.
Begitulah luahan kekecewaan wanita ini ketika berkongsi pengalamannya berdepan sikap seorang rakan rapat yang enggan menghulurkan bantuan sewaktu dia mengalami masalah kewangan.
Menurut wanita itu, dia pernah menghubungi rakannya yang dilihat mempunyai gaya hidup mewah untuk meminjam sedikit wang, namun rayuannya ditolak mentah-mentah.

Kadang kala rakan benar-benar dalam kesusahan dan memerlukan individu dipercayai untuk membantunya. -Gambar hiasan AI





