NIAT seorang wanita menyimpan wang mas kahwin sebagai kenang-kenangan bertukar episod menyedihkan apabila mendapati ia ditukar dengan helaian duit palsu.
Lebih mengecewakan perbuatan itu dipercayai dilakukan oleh individu rapat ketika dia dan suami tiada di rumah.
Meluahkan rasa terkilan dengan peristiwa yang berlaku, dia hanya menyedari perkara tersebut selepas diminta suaminya memeriksa semula wang berkenaan susulan simpul ikatannya kelihatan seperti sudah diusik.






