MENYEWA sebumbung dengan rakan-rakan bukan sekadar berkongsi ruang dan kemudahan, malah menuntut setiap penghuni untuk saling menghormati antara satu lain.
Lebih-lebih lagi pada waktu pagi, iaitu situasi paling sibuk untuk masing-masing bersiap ke kelas atau tempat kerja.
Sedikit sikap bertimbang rasa amat diperlukan supaya urusan orang lain tidak terganggu.
Berdepan situasi sama, seorang pelajar meluahkan rasa tertekan apabila terpaksa berhadapan dengan rakan serumah yang disifatkan terlalu pentingkan diri kerana ‘bertapa’ terlalu lama di dalam bilik air pada waktu pagi.
Hidup bersama rakan serumah menuntut sikap saling bertolak ansur dan menghormati satu sama lain. -Gambar hiasan AI
Melalui perkongsian di media sosial, dia turut memuat naik tangkap layar mesej teguran dalam kumpulan WhatsApp rumah mereka sebagai peringatan mesra.





