ISU kebocoran data peribadi telah menjadi masalah yang semakin membimbangkan dalam negara. Kebocoran ini termasuk maklumat seperti nama, alamat, nombor telefon, dan butiran lain yang boleh digunakan untuk aktiviti penipuan atau pencurian identiti.
Terbaharu, seorang peguam mahkamah Syarie, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar meluahkan kebimbangannya selepas menerima beberapa pelawaan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) daripada pihak tertentu berhubung pengajian anaknya yang baru sahaja menerima keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
“Selepas keputusan SPM, banyak SMS diterima minta anak daftar sambung pengajian. Siap dapat biasiswa lagi.