HILANG pekerjaan sememangnya bukan sesuatu yang kita minta, namun tidak semua orang bernasib baik untuk memperoleh peluang baharu dalam tempoh singkat meskipun sudah berusaha mencari rezeki.
Begitulah luahan pilu seorang wanita yang mengakui sangat kecewa apabila sering dilabel sebagai pemalas oleh ibunya sendiri selepas hampir setahun menganggur.
Menurutnya, sepanjang tempoh itu dia tidak pernah hanya berdiam diri, sebaliknya membantu menguruskan kerja rumah termasuk memasak, mengemas dan melakukan pelbagai tugas harian lain.






