RAMAI ibu bapa memilih menyediakan bekal untuk anak-anak ke sekolah sebagai langkah berjimat selain memastikan mereka menikmati makanan sihat dan bernutrisi.
Di sebalik itu, ada segelintir ‘mendabik dada’ dengan pendekatan tersebut kononnya dapat mendidik anak tidak membeli makanan ringan yang tidak berkhasiat di sekolah.
Namun seorang wanita tampil dengan pandangan berbeza apabila beranggapan cara tersebut turut memberi kesan besar kepada kanak-kanak.

Segelintir ibu bapa buntu memikirkan keperluan duit belanja bagi anak yang membawa bekal. -Gambar hiasan





