KETIDAKHADIRAN murid ke sekolah bukanlah satu perkara luar biasa kerana terdapat pelbagai faktor yang boleh menjadi penyebabnya.
Selain masalah kesihatan, ada juga ibu bapa yang mengambil keputusan untuk ‘merehatkan’ anak daripada sesi persekolahan atas urusan keluarga atau sekadar mengambil kesempatan untuk meluangkan masa bersama.
Bagaimanapun, satu perkongsian seorang guru mengenai alasan ketidakhadiran seorang murid mencuri perhatian apabila kisah sebenar terbongkar menerusi pengakuan jujur kanak-kanak itu sendiri.

Tabiat ponteng sekolah perlu dibendung agar ia tidak berterusan hingga ke alam sekolah menengah. -Gambar hiasan AI





