SEORANG ibu tunggal mengundang perhatian ramai di media sosial selepas dia berkongsi pandangan tentang sikap segelintir lelaki, khususnya yang sudah berumah tangga.
Menurut wanita itu, setelah hampir empat tahun bergelar janda, dia semakin celik mata tentang realiti yang berlaku di sekelilingnya.
Dakwanya, ramai lelaki berstatus suami orang didapati tidak jujur dalam rumah tangga cuma bezanya sama ada perbuatan itu terbongkar atau berjaya disorok dengan baik.

Jaga hubungan dan elakkan berlaku curang terhadap pasangan sendiri. -Gambar hiasan AI





