DEMI menjaga imej dan status di mata saudara-mara, ada segelintir ibu bapa yang sanggup melakukan perkara di luar jangkaan sehingga tanpa sedar memberi kesan mendalam terhadap emosi anak sendiri.
Begitulah luahan pedih seorang wanita apabila mendakwa kehidupannya sering dibayangi sikap ibunya yang terlalu mementingkan status sosial sehingga sanggup mereka-reka cerita mengenai kerjayanya demi dipandang tinggi.
“Mak aku nak sangat aku jadi doktor tapi takdir berkata lain. Dia cerita dekat kawan, saudara-mara dia yang aku sambung belajar dalam bidang perubatan… walhal tidak,” tulisnya di Threads.
Setiap ibu pasti mahukan pendidikan terbaik untuk anak mereka. -Gambar hiasan AI





