KEPERCAYAAN penuh yang diberikan kepada seseorang, terutamanya sewaktu berada di Tanah Suci, tidak sepatutnya membuatkan jemaah alpa untuk sentiasa berhati-hati.
Seorang doktor perubatan tampil berkongsi kisah duka yang didakwa menimpa adik bongsunya selepas ‘terjerat’ dengan perwatakan seorang mutawif sehingga menyebabkan rumah tangga yang dibina hancur berderai.
Kejadian didakwa bermula apabila ibu bapanya membawa si adik menunaikan umrah, sebelum mutawif berkenaan secara tiba-tiba menyatakan hasrat untuk mengahwini wanita itu ketika berada di hadapan Kaabah.






