ISU ipar-duai tak sedar diri terus mencetuskan pergolakan dalam rumah tangga, lebih-lebih lagi apabila ia mula melibatkan bab harta dan bebanan kewangan.
Seorang wanita mengakui hidup dalam dilema dan tertekan apabila kakak iparnya bersama empat orang anak seolah-olah ‘selesa’ menetap selama hampir 10 tahun di kediaman yang secara sah milik suaminya.
Menurut wanita itu, kediaman berkenaan pada asalnya milik ibu bapa mentua, namun ia sudah dibeli suaminya kira-kira sedekad lalu.

Individu yang menumpang perlu sedar kedudukan mereka di dalam rumah berkenaan. -Gambar hiasan AI






