Viral

‘Macam cikgu disiplin’, Tok Ghah@Long bawa rotan hambat ‘geng bersidai’ dirikan solat di Masjid Padang Chempedak

TULAR satu video di media sosial, seorang wanita warga emas dilihat membawa rotan di sebuah masjid dan mengarahkan pengunjung khususnya jemaah lelaki untuk menunaikan solat.

Difahamkan kelibat warga emas yang layak dipanggil nenek itu berada pada setiap Jumaat untuk mengenakan hukuman rotan kepada sesiapa sahaja yang tidak menunaikan solat dan dilihat bersantai-santai di sekitar pekarangan masjid.

Menerusi video berdurasi 39 saat itu memaparkan nenek yang dikenali sebagai Tok Ghah@Long mengejar budak-budak yang datang lambat ke masjid untuk menunaikan solat di Masjid Padang Cempedak, Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%