PERSEKITARAN keluarga yang harmoni, penuh kasih sayang dan sokongan mampu mempengaruhi emosi dan tingkah laku anak-anak secara positif.
Namun, tidak semua individu bernasib baik dapat menikmati suasana keluarga ideal, sehingga ada terpaksa membesar dalam keadaan menekan sehingga memberi kesan terhadap kesihatan mental mereka.
Bagi individu sedang bergelut dengan masalah ini, kata-kata kesat serta layanan kasar daripada ahli keluarga boleh meninggalkan kesan mendalam sebagaimana luahan yang dikongsikan individu ini.

Individu yang menghidap masalah mental memerlukan sokongan daripada orang sekeliling. -Gambar hiasan




