KISAH keprihatinan seorang wanita membantu pasangan suami isteri sedang berjalan kaki bersama bayi ketika cuaca panas terik mengundang rasa sebak dalam kalangan warga maya.
Mana tidaknya, bayi tersebut hanya dilindungi dengan kain napkin bagi melindunginya daripada sinaran matahari.
Berkongsi cerita, ujar wanita ini, kelibat keluarga tersebut dilihat semasa dia dalam perjalanan untuk menghantar anaknya ke sekolah sesi petang.





