KEDENGARAN seperti tidak masuk akal tetapi punca penceraian pasangan bukan hanya disebabkan masalah besar seperti isu penderaan domestik, curang dan kewangan.
Banyak kes disebabkan hal remeh yang boleh dianggap tidak masuk akal tetapi berat bagi mereka yang mengalaminya.
Kisah yang dkongsikan seorang wanita ini mengenai rumah tangganya membuka mata ramai tentang realiti pahit yang kadang-kala sukar diterima akal.
Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh
Menerusi hantaran di laman Threads, wanita itu berkongsi bagaimana rumah tangga yang dibina bersama suami berakhir hanya disebabkan dia enggan makan bersama ibu mentua.

Seorang menantu perlu bijak membawa diri dan mengambil hati ibu mentua. -Gambar hiasan AI
“Kalau korang diceraikan atas sebab buat ibu mentua menangis, logik ke? Sebab tak turun makan je,” tulisnya dalam hantaran tersebut.
Menjelaskan situasi tersebut, dia bukan tidak mahu makan bersama ibu mentua tetapi berasa segan dengan wanita tersebut.
Apatah lagi mereka baru sahaja mendirikan rumah tangga dan jarang pulang ke rumah mentua menyebabkan dia masih berasa kekok.
ARTIKEL BERKAITAN: "Kalau kau balik, jatuh talak!" – Suami guna taklik halang isteri beraya rumah keluarga, tak peduli ibu uzur
ARTIKEL BERKAITAN: Dulu cerai tak tahan hidup susah, wanita cari ‘akal’ kembali ke pangkuan bekas suami… Cemburu lihat si dia semakin kaya
“Segan sebab suami tak ada sekali (nak turun makan). Baru kahwin, jarang balik rumah ibu mentua.
“Tapi bila ibu mentua menangis, suami terus attack, gaduh-gaduh. Akhirnya, saya kena lafaz cerai,” tulisnya.
Dalam luahannya, wanita itu ternyata kecewa apabila situasi yang sepatutnya boleh diselesaikan dengan komunikasi bagaimanapun berakhir dengan tindakan drastik suami.
-
Seorang wanita berkongsi rumah tangganya berakhir hanya kerana tidak turun makan bersama ibu mentua.
-
Dia berasa segan kerana suami tiada dan masih kekok dengan keluarga mentua.
-
Situasi menjadi tegang apabila ibu mentua menangis hingga mencetuskan pergaduhan dengan suami.
-
Suaminya kemudian melafazkan cerai, menyebabkan wanita itu kecewa dengan keputusan drastik tersebut.
-
Netizen memberi pelbagai reaksi, termasuk mengecam suami kerana terburu-buru.
Dia bagaimanapun tidak menyatakan lebih lanjut sama ada lafaz cerai suaminya itu disebabkan paksaan ibu mentua, atau dibuat tanpa paksaan dan mengikut emosi.
Di ruangan komen, ramai menyifatkan suami wanita itu bertindak terburu-buru dan tidak matang malah ada merasakan mentuanya berperwatakan toksik.
Ramai turut menyalahkan wanita itu yang dianggap tidak pandai membawa diri ketika bersama keluarga mentua sehingga timbul kekecohan tersebut.

Sebahagian daripada reaksi netizen.
Hukum lafaz talak ketika marah
Memetik laman Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, di dalam mazhab al-Syafie, talak yang dilafazkan secara sarih (jelas, seperti cerai dan talak) dan ditujukan kepada isteri oleh suami, adalah jatuh meskipun dilafazkan tanpa niat, kecuali pada enam keadaan.
“Talak yang dijatuhkan ketika marah adalah sah. Namun kami juga cenderung juga kepada pendapat jika marah itu sifatnya melampau sehingga hilang akal dan perasaan, seperti orang gila, maka tidak jatuh talak.
“Memandangkan lafaz itu disebut secara sarih, hendaklah isteri atau suami itu wajib segera merujuk kepada Mahkamah Rendah Syariah setempat bagi Permohonan Pengesahan Lafaz Cerai.
“Ini kerana talak ini adalah urusan yang serius berkait dengan tujuan Syariah iaitu penjagaan nasab, keluarga dan keturunan,” jelasnya.





