TINDAKAN melampau seorang guru agama yang tergamak melemparkan kata-kata kesat serta memalukan seorang murid perempuan di hadapan khalayak ramai mencetuskan rasa berang dalam kalangan netizen.
Paling terkesan tentulah ibu kepada murid terbabit.
Menerusi satu perkongsian di media sosial, si ibu mendakwa anaknya ditarik ke hadapan orang ramai sebelum wajahnya disapu menggunakan tisu basah kerana disyaki memakai alat solek sebelum sesi persekolahan bermula.
Namun, katanya, tiada kesan alat solek yang melekat pada tisu berkenaan kerana anaknya sememangnya tidak memakai sebarang mekap ke sekolah yang tidak didedahkan lokasinya.

Seorang ibu pastinya mahukan yang terbaik buat anaknya ketika menimba ilmu di sekolah. -Gambar hiasan AI
“Memang anak aku tak pakai mekap pun, cuma muka dia jenis berkulit putih. Apabila kena panas, pipi dia automatik jadi merah macam pakai blusher (pemerah pipi).





