LUMRAH segelintir manusia, ada yang mudah membuat penilaian berdasarkan apa dilihat di depan mata seperti penampilan luaran, sedangkan apa dipamerkan tidak semestinya menggambarkan kehidupan sebenar mereka.
Itu dikongsi seorang wanita selepas suaminya didakwa dipandang rendah oleh individu tidak dikenali hanya kerana penampilannya yang sederhana.
Menerusi satu hantaran di Threads, wanita itu berkata insiden berlaku ketika suaminya sedang melayan anak mereka ketika berada di sebuah stesen minyak.

Ada individu lebih selesa berpenampilan sederhana kerana pilihan peribadi. -Gambar hiasan AI





