SIAPA tak seronok kalau dapat rezeki terpijak tetapi kalau setiap hari terima kiriman wang sebanyak RM50 daripada individu tidak dikenali boleh mendatang perasaan bimbang.
Itu yang berlaku kepada seorang model Muslimah yang menerima wang tersebut daripada lelaki tidak dikenali menerusi akaun e-wallet miliknya.
Menurut wanita itu, dia pada awalnya tidak mengetahui identiti pengirim namun lelaki itu bertindak berani menghubunginya melalui mesej peribadi (DM) di media sosial.






