Viral

Lelaki kena buang daerah syukur masih diterima mak ayah… Berjuang cari sinar baru lepas 10 tahun hidap HIV, 3 kali masuk penjara

KISAH kejatuhan dan kebangkitan semula seorang bekas penagih dadah ini menjadi bukti bahawa pintu taubat dan ruang untuk berubah sentiasa terbuka, biarpun seseorang itu pernah tersungkur jauh ke lembah hitam.

Seorang lelaki tampil berkongsi perjalanan hidupnya yang penuh ranjau selepas lebih sedekad bergelut dengan najis dadah.

Bukan sekadar merosakkan masa depan, ketagihan melampau itu turut meninggalkan kesan kekal terhadap kesihatannya serta mengheretnya ke tirai besi berulang kali.

Ibu bapa memainkan peranan penting dalam memberikan semangat kepada anak-anak. -Gambar hiasan AI

Ibu bapa memainkan peranan penting dalam memberikan semangat kepada anak-anak. -Gambar hiasan AI

"Saya dah hidap HIV selama 10 tahun. Saya penagih dadah, pengguna ice (juga dikenali sebagai syabu, batu, atau glass) dan pil kuda. Sudah tiga kali masuk penjara.

"Sekarang saya kena Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) atas tuduhan mengedar dadah dan dikenakan buang daerah selama dua tahun," katanya.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh