BERCINTA dengan isteri orang sememangnya satu kesalahan, lebih-lebih lagi jika melibatkan individu yang masih bawah umur dan belum mampu memahami sepenuhnya keadaan yang berlaku.
Seorang lelaki berkongsi pengalaman lebih 15 tahun lalu apabila dirinya yang ketika itu baru berusia 16 tahun didakwa terjebak dalam hubungan dengan seorang wanita berusia 30-an yang sudah berkahwin.
Menurutnya, ketika itu dia hidup dalam kesusahan malah dia sering berjalan kaki ke sekolah sebelum seorang wanita menawarkan diri untuk menghantarnya.

Terdapat juga kes remaja lelaki menjadi mangsa wanita dewasa. -Gambar hiasan AI





