SEORANG lelaki berkongsi kisah dia dihubungi bekas isterinya bagi mendapatkan pertolongan kewangan berhubung kos penjagaan kesihatan ibu wanita itu yang kini mencecah RM11,000 sebulan.
Menurut lelaki itu lagi, buat masa ini bekas isterinya bersetuju menanggung RM3,000 setiap bulan, sementara adik-beradiknya yang lain menyumbang antara RM1,000 hingga RM2,000 seorang.
Justeru bekas isterinya bertanya sama ada dia boleh menghulurkan sedikit bantuan bagi meringankan beban.






