KEMUDAHAN parkir yang terhad di kawasan perumahan bertingkat memaksa sesetengah penghuni meletakkan kenderaan mereka jauh dari blok kediaman.
Situasi itu bukan sahaja menyusahkan, malah boleh mengundang kebimbangan apabila penghuni terpaksa berjalan pada lewat malam, terutama jika ditemani anak kecil.
Begitulah detik mencemaskan dilalui sepasang suami isteri bersama empat anak mereka selepas pulang dari hospital kira-kira pukul 2 pagi.






