BAKAL mendirikan rumah tangga dalam tempoh tiga bulan, seorang wanita berdepan dilema sama ada mahu meneruskan perkahwinan atau sebaliknya, selepas mengetahui tunangnya menanggung hutang yang banyak.
Lebih mengejutkan, lelaki itu didakwa mempunyai dua pinjaman kereta berjumlah kira-kira RM230,000, selain hutang kad kredit dan pembiayaan lain sebanyak RM52,000.
Meluahkan kebimbangan, ujar wanita ini, tunangnya juga merancang membuat pinjaman peribadi bagi menyatukan semua hutang tersebut, manakala wang lebihan akan digunakan untuk membiayai majlis perkahwinan mereka.






