BIASANYA kalau membuat kenduri atau jamuan kecil memang tidak lengkap tanpa hidangan kuih-muih tradisional sebagai pencuci mulut.
Niat seorang wanita menjamu tetamu dengan hidangan kuih yang enak bagaimanapun bertukar pengalaman mengecewakan apabila tempahannya jauh berbeza daripada jangkaan.
Menerusi perkongsian di Threads, wanita tersebut mendakwa dia menempah empat jenis kuih daripada seorang penjual dengan harga RM161.







