KEBAHAGIAN dalam sesebuah rumah tangga sering kali mekar apabila melihat si suami berusaha memperbaiki diri serta berubah menjadi insan yang lebih baik demi keluarga tercinta.
Menurut seorang wanita, hidupnya kini jauh lebih tenang dan bahagia selepas suaminya berjaya meninggalkan ketagihan air ketum yang membelenggu lelaki itu selama bertahun-tahun.
“Alhamdulillah, sudah dua tahun dia bebas ketum. Saya bangga dan yakin, ini pastinya salah satu doa saya yang dimakbulkan. Benda ini tak mustahil kalau nekad nak berhenti.

Kebanyakan lelaki akan berubah menjadi lebih baik selepas mereka memiliki cahaya mata. -Gambar hiasan AI





