TIDAK semua pasangan berkahwin dikurniakan dengan rezeki anak malah ada perlu melalui pelbagai dugaan termasuk ikhtiar trying to conceive (TTC) selama bertahun-tahun.
Justeru, kata-kata atau gurauan menyentuh soal anak sering dianggap sebagai perkara sensitif kerana tiada siapa mengetahui perjuangan sebenar sedang dilalui seseorang.
Di Threads, seorang wanita meluahkan rasa sedih selepas menerima komen disifatkan sebagai tiada empati daripada individu dikenali hanya kerana dia memuat naik gambar kucing peliharaan di status WhatsApp.






