RAMAI pasangan melakukan sesi fotografi kehamilan atau ‘maternity shoot’ untuk mengabadikan detik-detik bermakna sebelum menyambut kehadiran cahaya mata.
Namun di Thread, seorang pemuda meluahkan rasa kurang senang apabila foto wanita sarat mengandung dengan bahagian tubuh tertentu yang menonjol dikongsi secara terbuka di media sosial.
Dalam hantaran itu, dia turut memberi nasihat kepada para suami agar lebih tegas dalam mendidik isteri tentang batas aurat yang perlu dijaga.

Segelintir wanita turut berkongsi foto kit ujian kehamilan mereka di media sosial. -Gambar hiasan AI





