SEORANG guru tadika meluahkan rasa terkejut dan kesal apabila salah seorang muridnya tergamak mengeluarkan kata-kata celupar terhadap rakan sekelas yang baru sahaja kematian adik.
Insiden berunsur buli emosi itu dikongsikan sendiri oleh guru berkenaan menerusi satu hantaran yang mencuri perhatian ramai di platform Threads.
Menceritakan semula kejadian itu, guru berkenaan memberitahu bahawa adik kepada salah seorang anak muridnya meninggal dunia pada minggu lalu, menyebabkan kanak-kanak berkenaan tidak hadir ke sekolah sepanjang minggu tersebut.





