MELIHAT rakan sebaya dengan mudah menikmati pelbagai kemudahan hidup hasil bantuan keluarga sememangnya boleh mencetuskan rasa cemburu di dalam hati sesiapa sahaja.
Perasaan rendah diri itu pastinya akan semakin bercambah apabila melihat diri sendiri terpaksa berhempas-pulas untuk mencapai tahap kesenangan yang sama.
Begitulah luahan sayu seorang gadis yang mengakui emosinya terganggu selepas mendapati majoriti rakan terdekatnya menerima pelbagai bentuk kemewahan dan bantuan daripada ibu bapa masing-masing.






