KELUHAN golongan pendidik senior mengenai sikap guru baharu yang dikatakan ‘berat mulut’ dan tidak bertegur sapa mengundang pelbagai reaksi netizen.
Antaranya seorang guru muda apabila dia tampil mempertahankan pendirian segelintir individu yang lebih selesa memisahkan urusan kerja dan hubungan peribadi di sekolah.
Malah selaku generasi Z, dia menegaskan sekolah adalah tempat bekerja bagi menunaikan tanggungjawab mendidik murid dan bukanlah bertujuan untuk beramah mesra.






