HANTARAN individu bagi meluahkan rasa berang gara-gara mesej di aplikasi WhatsApp yang dihantar seawal pukul 4 hingga 5 pagi kepada seorang guru namun tidak dibalas mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Menerusi hantaran tersebut, individu berkenaan secara terbuka mempersoalkan tindakan guru terbabit yang didakwa langsung tidak memberi maklum balas, walaupun mesej itu dihantar pada waktu awal pagi.
Malah, dia turut mengugut untuk membuat aduan kepada Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) kerana beranggapan tugas guru tidaklah sesukar mana.






