KETERUJAAN seorang wanita untuk bertemu ibu saudaranya yang sangat rapat sejak kecil pada majlis pertunangannya sendiri bertukar menjadi satu detik hitam yang sukar dilupakan, selepas dia menerima jawapan yang cukup menyentap perasaan.
Menurut wanita itu, ibu saudaranya yang mesra dipanggil ‘mama’ merupakan antara individu paling rapat dalam hidupnya, malah dia juga sering berkunjung ke rumah wanita berkenaan sejak zaman kanak-kanak lagi.
Bagaimanapun, ketika majlis pertunangannya yang berlangsung pada 6 Jun lalu, sikap ibu saudaranya itu didakwa berubah 360 darjah sehingga membuatkan dia berasa janggal dan keliru.

Tidak semua dapat menerima cara teguran kasar yang dilemparkan terhadapnya. -Gambar hiasan AI





