KEHIDUPAN di asrama sememangnya menyimpan pelbagai memori, sama ada kenangan manis mahupun pahit sehingga sukar dilupakan walaupun sudah menjangkau puluhan tahun.
Begitulah yang dialami lelaki ini meskipun telah meninggalkan zaman persekolahan kira-kira 20 tahun lalu.
Menurutnya, peristiwa hitam yang berlaku di asrama suatu ketika dulu kembali menerpa ruang ingatan, selepas dia secara tidak sengaja terserempak dengan bekas senior sekolahnya.






